Tuesday, November 23, 2010
Tiada Tegur,Tiada Larang dan Tiada Hukuman
Pada masa sekarang kebanyakan ibubapa moden tidak suka menegur dan melarang anak-anak dan jauh sekali untuk menghukum mereka. jikalau anak-anak mereka melakukan kesalahan mereka biarkan. Jikalau anak-anak melakukan perkara-perkara yang kurang sopan mereka juga membiarkan.Apabila mereka mendidik anak-anak mereka sebegini dirumah, maka anak-anak mereka biasanya akan bermasaalah apabila masuk sekolah nanti.Disekolah apabila anak-anak melakukan kesalahan guru-guru akan menegur dan melarang mereka daripada membuat kesalahan.Disini mereka akan memberontak dan merasakan pelik.Kenapa saya ditegur,dilarang dan dimarah apabila membuat perkara sebegini disekolah sedangkan saya tidak dimarah apabila membuat perkara yang sama dirumah.Ayah dan emak saya tak marah pun kalau saya buat begini.Begitu juga apabila dirotan ringan.Apa pula cikgu ni.Mak bapa saya pun tak pernah rotan saya kenapa pula cikgu rotan saya.Disini kita nampak bahawa pendidikan dirumah dan disekolah tdak selaras.Dirumah ibubapa didik secara lain dan disekolah didik secara lain. Disekolah elemen menegur,memarah dan menghukum masih lagi digunapakai. Tapi elemen begini tidak ada lagi dirumah.Sebab itu kita nampak cikgu-cikgu pada hari ini hanya menekankan pada aspek mengajar pelajaran sahaja dan kurang menekan kepada pendidikan. Kita rasa memang tepat Kerajaan menukar nama Kementerian Pendidikan kepada Kementerian Pelajaran kerana guru perlu mengajar sahaja dan tidak perlu mendidik murid-murid kerana ibubapa pun tidak berminat untuk mendidik anak-anak mereka dirumah.
Thursday, November 18, 2010
Hukuman Kepada Yang Melakukan Kesalahan.
Dizaman dulu orang-orang tua menggunakan cara tersendiri untuk mendidik anak-anak mereka.Anak-anak dinasihat supaya tidak membuat perkara-perkara yang salah dan kurang sopan.Untuk kesalahan pertama orang tua akan menegur dan nasihat supaya jangan membuat perkara yang salah sebegini.Kalau diulangi untuk kali kedua orang tua akan menjegir mata dan merenung marah kerana telah mengulangi perbuatan salah yang sama.Kalau kesalahan yang sama dibuat untuk kali ketiganya maka orang tua akan melaksanakan hukuman samaada dirotan,dicubit atau dipulas telinga. Orang zaman dahulu menggunakan kaedah menegur, merenung marah dan seterusnya menghukum.Menghukum adalah salah satu cara yang digunakan oleh orang tua dulu-dulu. Dengan cara ini anak-anak akan faham bahawa mereka akan menerima hukuman apabila melakukan kesalahan. Perkara ini akan tertanam diotak atau fikiran anak-anak.Ibubapa zaman dulu telah mendidik anak-anak supaya jangan membuat perkara yang salah dan kurang sopan kerana kalau anda melakukannya anda akan dihukum.Dirumah ibupapa telah mengenakan hukuman kalau buat salah. Apabila anak-anak memasukki alam persekolahan perkara yang sama akan dilalui disekolah. Anak-anak akan dihukum kalau melakukan kesalahan disekolah.Apabila mereka keluar dari sekolah dan melakukan kesalahan mereka juga akan dihukum dihukum dan dipenjarakan apabila melakukan kesalahan.
Tuesday, November 16, 2010
Hairan sungguh melihat orang sekarang mendidik anak-anak mereka.Anak-anak membuat kesalahan tidak ditegur dan di larang.Anak-anak berperangai kurang sopan juga tidak ditegur dan dilarang. Anak-anak mengeluarkan kata-kata kurang sopan juga tidak ditegur dan dilarang.Betullah gambaran yang dikatakan didalam kitab bahawa didunia akhir zaman nanti ibubapa akan melahirkan tuan-tuannya.Diakhir-akhir ini kebanyakan ibubapa kurang melaksanakan hukuman terhadap anak-anak.Elemen hukuman ini boleh dikatakan telah hilang dari kamus didikan anak-anak pada hari ini.inilah sebabnya kelakuan anak-anak zaman sekarang amat berlainan dengan anak-anak zaman dahulu.Anak-anak zaman dulu menghormati orang tua-tua, malu untuk berkelakuan kurang sopan dan amat malu untuk mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan terhadap sesiapa sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)
